Orang selalu cakap ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” adalah haram hukumnya untuk digunakan kerana dikatakan rakyat seperti memuliakan Sultan hingga ke tahap ALLAH. Sebenarnya pemikiran ini sangat salah.
Fahami makna perkataan DULI dulu.
“Duli” mengikut laras Bahasa Melayu kuno bermaksud HABUK. Habuk ini bolehlah disamakan dengan sifat seorang hamba. Makanya, “Duli” membawa pengertian tentang sifat seorang hamba Allah.

Manakala, ungkapan “Yang Maha Mulia” oleh orang Melayu lama dimaksudkan adalah ALLAH SWT.
Ini kerana Allah SWT itu adalah Tuhan bagi orang-orang Islam dan hanya Allah SWT yang memiliki segala-gala yang berada di alam semesta ini. Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mulia.
Maknanya, penggunaan ungkapan “Duli Yang Maha Mulia” kepada Sultan sememangnya tidak salah untuk digunakan kerana ianya adalah simbol ataupun lambang bahawa sultan-sultan adalah hamba ataupun khalifah kepada Allah di bumi untuk menjalankan hukum-hukum Allah.
Sama juga Seri Paduka Baginda.
Seri : CahayaPaduka : Sandal/Selipar/CapalBaginda : merujuk pada Baginda Rasulullah SAW
Maknanya hebat cemana pun seseorang raja atau sultan, daulat dan kedudukannya tidak lebih dari capal Nabi SAW sahaja.

Wallahua’lam
Begitulah berseninya ketamadunan Melayu dalam menyampaikan laras bahasa. Maka kita sebagai generasi baru hari ini janganlah cepat melatah tanpa melakukan sebarang pengkajian usul periksa. Sesungguhnya ilmulah yang membezakan di antara mereka yang cerdik dengan mereka yang dangkal.
Hebatkan Bahasa Kita?
Sumber : Shuhaimi Zulkefli
Disclaimer: The views and opinions expressed in this article are those of the authors and do not necessarily reflect the official policy or position of any agency of MemangWin.