Jom kenali “bonggol” jalan raya di Malaysia

Bonggol jalan raya atau dalam bahasa Inggerisnya “speedbump” diletakkan di sesetengah tempat di jalan raya bertujuan untuk melambatkan lalu lintas di kawasan tersebut.

Sebagai pemandu Malaysia, anda mesti perasan bahawa ada saja bonggol yang sepatutnya tidak perlu wujud di sesuatu kawasan bahkan meyakitkan hati kita kerana ia kadang-kala ia melambatkan perjalanan kita.

Mari kita lihat beberapa senarai bonggol yang terdapat di jalan-jalan Malaysia ini. Yang mana satu kegemaran anda dan yang mana satu menyakitkan hati anda?

1. Bonggol Bumble Bee

Biasanya bonggol yang lebar dan tebal ini terdapat di sekitar kawasan perumahan dan jalan yang kurang sibuk. Pemandu perlu memerlahankan kenderaan mereka kepada kelajuan yang betul dan jika terlalu laju, pasti boleh membuat kereta anda terbang.

2. Bonggol Mini Bumble Bee

Kecil dan sangat mengganggu. Bonggol jenis ini banyak didapati di lorong-lorong di mana anda hendak mengambil jalan pintas untuk mengelakkan lalu lintas. Jika anda terjumpa salah satu daripadanya, bersiaplah untuk 10 lagi di hadapan.

3. Bonggol Getah

Selalu digeruni oleh mereka yang suka pergi ke pusat membeli-belah. Cabaran selain mencari tempat parking di mall, mengharungi lebih daripada 10 biji bonggol ini adalah satu lagi cabaran yang perlu ditempuh dengan tabah.

4. The Royal Rumble

Bonggol yang boleh mngejutkan mereka dari tidur dan boleh menimbulkan kemarahan.

5. Welcome To The Neighborhood

Bonggol buatan sendiri di kawasan kejiranan ini kalau boleh perlu dielakkan oleh pemandu awam. Ini kerana ianya tidak memenuhi hukum fizik yang menyebabkan anda perlu menekan brek sepenuhnya untuk melalui bonggol ini. Ya! Ianya tajam dan pedih.

6. Bonggol Terbalik

Salah satu punca kesesakan jalan raya di Malaysia. Namun ianya sangat efektif untuk memperlahankan kenderaan anda dan memerlukan kecekapan yang tiggi untuk mengelak dari ‘bonggol’ ini. 

7. Boleh minta laluan?

Bonggol ini mempunyai dua fungsi iaitu untuk memperlahankan lalu lintas dan memberi laluan untuk pejalan kaki melintas. Ianya tidak menyakitkan tetapi anda akan berasa rasa pelik anda jika anda tidak menekan brek.

8. Bonggol ‘Combo’

Yang terakhir sekali dan paling WIN…. Bonggol yang disediakan bersama pakej yang ada lubang besar. Bonggol seperti ini memerlukan pemanduan paling cekap iaitu perlu menekan brek dengan kadar tertentu dan memusing stereng pada yang sama untuk mengelak lubang tersebut (kalau bolehh !!).

Disclaimer: The views and opinions expressed in this article are those of the authors and do not necessarily reflect the official policy or position of any agency of MemangWin.

Participant

Written by Saiful Sab

Verified UserYears Of MembershipYears Of Membership