Awas! Elak Dari Jadi Mangsa Samun Ketika Memandu

Anda sering memandu berseorangan? Pastikan anda peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak daripada menjadi mangsa sasaran penjenayah.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat sebuah taktik terkini yang digunakan oleh penjenayah dengan meletakkan objek tajam seperti paku di tayar belakang kenderaan agar ianya pancit sebelum menjalankan modus operandi mereka terhadap mangsa.

Berikut adalah nasihat daripada PDRM sebagai langkah berjaga-jaga:

  1. Penjenayah akan cuba memancitkan tayar kenderaan dengan menggunakan objek tajam seperti paku agar pemandu berhenti dan turun dari kenderaan.
  2. Penjenayah akan mengekori mangsa dan meminta pemandu berhenti di tepi jalan berikutan kerosakan tayar tersebut.
  3. Setelah pemandu turun, penjenayah tersebut akan menyamun barang berharga seperti beg tangan, telefon bimbit, dan komputer riba di dalam kenderaan dan terus melarikan diri.

Hati-hati dengan taktik licik ini! Orang ramai dinasihatkan untuk pergi berdua atau lebih sekiranya pergi ke tempat sunyi. Tambahan pula, jika anda mengalami masalah kerosakan kereta, pastikan anda berhenti di tempat orang ramai bagi mengelakkan risiko disamun.

Baca lebih lanjut di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by SARAH NASIR

Story MakerStory MakerStory Maker