Terima Kasih Gli, Kucing Selebriti Istanbul Bakal Dirindui.

Tahukah anda tentang seekor kucing terkenal yang menetap di Hagia Sophia, Istanbul? Kucing bernama Gli yang merupakan penjaga masjid bersejarah itu kini tinggal sebuah kenangan manis. Pencinta kucing di seluruh dunia dikejutkan dengan berita duka tentang kematian Gli semalam. Menurut catatan Twitter oleh Datuk Bandar Istanbul, Ali Yerlikaya, kucing ikonik itu disahkan mati akibat sakit tua setelah mendapat rawatan dari sebuah klinik swasta veterinar di daerah Levent sejak 24 September lalu.

https://twitter.com/AliYerlikaya/status/1325118744084029441

Mari kenali 10 Fakta Menarik Tentang Gli: 

  1. Gli dilahirkan pada 2004, dengan jangka hayat 16 tahun, bersamaan dengan 80 tahun usia manusia.
  2. Kucing montel yang memiliki mata juling itu merupakan baka Turkish European shorthair. 
  3. Gli adalah seekor kucing betina dengan tiga beradik, iaitu Pati (jantan) dan Kizim (betina).
  4. Merupakan kucing selebriti Instagram di @hagiasophiacat dengan jumlah 123k pengikut.
  5. Nama Gli bermaksud penyatuan kasih sayang atau Union of Love dalam Bahasa Inggeris.
  6. Nama asalnya, Gri berasal dari perkataan Grey dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud kelabu.
  7. Gli pernah melahirkan seekor anak, namun ianya mati akibat dilanggar oleh sebuah bas pelancong.
  8. Pernah dibelai oleh Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, Barack Obama ketika beliau menziarahi bekas gereja era Byzantine yang berusia lebih dari 1,400 tahun itu.
    Gambar dari https://hagiasophiaturkey.com/gli-cat-hagia-sophia/
    https://hagiasophiaturkey.com/gli-cat-hagia-sophia/
  9. Juga pernah dibelai oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika Hagia Sophia bertukar status daripada muzium kepada masjid pada 24 Julai lalu.
  10. Gli langsung tidak terjejas dengan kerja-kerja pembangunan di Hagia Sophia ketika ia sibuk menjalani perubahan status, ianya dianggap sebagai rumahnya sejak 2004 lagi.

Hagia Sophia

Bagi anda yang pernah menyaksikan keindahan Hagia Sophia pasti tertarik dengan sejarah istimewa bangunan itu. Pada asalnya, Hagia Sophia merupakan sebuah gereja selama 916 tahun lamanya dan apabila Istanbul ditawan, ianya bertukar menjadi sebuah masjid dari 1453 hingga 1934, kira-kira 500 tahun. Pada 24 Julai yang lalu, Solat Jumaat berjemaah dilaksanakan buat pertama kali setelah 86 tahun berpegang status sebagai sebuah muzium, kini kembali menjadi sebuah masjid. Ikonik bukan?

Kewujudan Gli selama 16 tahun lalu telah banyak membawa kenangan manis kepada penduduk Turki serta pelancong dari seluruh pelusuk dunia yang pasti akan merindui kucing ikonik itu. Ia juga dimaklumkan bahawa Gli akan ditanam di sekitar kawasan Hagia Sophia. Terima kasih di atas segalanya Gli, rehatlah dengan tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by SARAH NASIR

Story MakerStory MakerStory MakerYears Of Membership