Seorang remaja yang hanya berusia 16 tahun kini sibuk mengusahakan perniagaan belacan dan ikan iblis sendiri selepas kehilangan kedua ibu bapanya.
Mohd Aimy Shahril Mat Ali yang berasal dari Kampung Seberang Takir, Terengganu, diajar oleh arwah bapanya, Mat Ali Sulong tentang perusahaan belacan dan ikan iblis sejak usia 13 tahun, selepas pemergian ibunya.
Menurut Mohd Aimy, ikan bilis diperolehnya daripada nelayan setempat sebelum melalui proses merebus dan menjemur. Harga ikan bilis bermula dari RM20 hingga RM30, bergantung kepada jenis ikan iblis tersebut. Terdapat bilis pucat, bara, tembaga merah dan tembaga hitam. Tembaga merah mempunyai nilai tertinggi dengan harga RM30 sekilogram di mana remaja tersebut mampu menjual sehingga 100 kilogram sehari.
Tambahnya, Mac hingga Ogos dia memproses ikan bilis sebanyak 500 kilogram (kg) sehari manakala sekitar September hingga November pula sebanyak 1,000 kg ikan bilis diproses dan ketika itu jualan ikan sedikit murah serta boleh mencecah RM12 sekilogram.