Semuanya Berasal Dari Indonesia? #DONECLAIM

Baru-baru ini kecoh di Instagram apabila DJ Soda, artis Korea Selatan dah bercuti tiga hari kat Malaysia. Apa yang menarik perhatian apabila dia muat turun gambar di Instagram-nya dengan berpakaian baju kebaya berlatar belakangkan KLCC. Kemudian timbulnya beberapa komen yang menarik perhatian netizen Malaysia dan mungkin juga negara serantau yang mengaku bahawasanya KLCC dan baju kebaya tu dari Indonesia.

https://www.facebook.com/mymgag/photos/a.905978252807935/2264539413618472/?type=3&theater

Tapi, ini bukan benda peliklah. Sebelum ni pun banyak je yang diorang dakwa milik negara diorang. Ya, semuanya agak merepek. Mari kita lihat di sini apa lagi yang mereka warga Indonesia claim berasal dari negara mereka:

INI SEMUA DARI INDONESIA KATANYA

1.  Lagu Negaraku

Lagu yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia ini adalah salah satu perkara yang mereka katakan diciplak dari mereka. Ya! sehingga kita di cop ‘maling’ . Kisah ni disiarkan di sebuah berita Indonesia dimana pemberita tu melaporkan yang kita ciplak lagu ‘Terang Boelan” diorang dan ambik melodi dia untuk dijadikan lagu Negaraku.

Namun semua jangan risau, perkara ini hanyalah auta semata-mata dari mereka dan  disahkan sendiri oleh ahli sejarah Malaysia, Tan Sri Khoo Kay Kim yang berkata ia sebenarnya datang dari La Rosalie dan bukan berasal dari Indonesia.

“Kami tidak meluluskan tune sebuah lagu rakyat Indonesia (untuk Negaraku),” – Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim

https://www.youtube.com/watch?v=z9-rHPlDEQk

2.  Yuna

Tahun lepas, Yuna sekali lagi banggakan Malaysia bila dia bekerjasama pulak dengan Usher untuk muzik video ‘Crush’. Semasa lagu ini sedang hit, Usher memuat naik gambarnya bersama Yuna di Instagram.

Kelakarnya dalam banyak-banyak komen tu, ada saja komen beberapa warga Indonesia di sana yang buatkan ramai orang Malaysia rasa triggered dengan mengaku Yuna itu berasal dari negara mereka.

Tak pasal-pasal kena troll dengan orang Malaysia.

Suka-suka hati saja mereka ni. Tapi yang sah nya, Yuna ialah seorang vokalis pop dan pemain gitar yang lahir di negeri Perlis, Malaysia.

3.  Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

https://iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/sejarah-pulau-sipadan-yang-anda-perlu-tahu/

Pulau yang cantik dan indah ini merupakan terletak berdekatan negeri Sabah dan tidak jauh juga dari Pulau Kalimantan atau Borneo. Hak milik dibahaskan antara Indonesia dan Malaysia.

Hampir 20 tahun lepas, Malaysia dan Indonesia dah maklumkan perebutan ni kepada Pendaftar Mahkamah Perjanjian Khas. Hasilnya pada 2003, Malaysia telah memenangi pemilikan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

International Court of Jusitice (ICJ) atau Mahkamah Antarabangsa akhirnya memutuskan bahawa Pulau Sipadan dengan Pulau Ligitan ni hak milik Malaysia. Dalam keputusan tu, seramai 16 hakim yang setuju dan hanya satu yang membangkang untuk jadikan pulau-pulau ni atas pemilikan negara kita atas sebab Malaysia lebih layak dan dominan daripada Indonesia untuk menguruskan pulau ni.

https://www.un.org/press/en/2002/ICJ605.doc.htm

4.  Upin & Ipin

Siri animasi ini merupakan salah satu kebanggaan rakyat Malaysia yang dilayan oleh bukan sahaja kanak-kanak tetapi oleh ibu-bapa dan remaja juga. Aninmasi ini dialihbahasa ke bahasa Inggeris dan Mandarin di Malaysia, lepas tu disiarkan di negara luar termasuklah Singapura, Brunei, Indonesia, Kemboja, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Tetapi ada juga yang tidak sedap didengar apabila ada rakyat Indonesia yang mengaku Upin & Ipin ni sebenarnya karya daripada Indonesia. Sebabnya adalah kerana Burhanuddin Radzi, pengasas Les’ Copaque Production yang juga Pengarah Urusan syarikat tu sendiri pernah belajar di Indonesia.

Namun sehingga sekarang, masih tiada lagi bukti bahawa Burhanudin Radzi ini berlajar animasi di Indonesia malah beliau merupakan pelajar dalam bidang oil & gas .

5.  Lagu Rasa Sayang

Antara yang terbaru diclaim oleh mereka ialah lagu Rasa Sayang. Baru-baru ini, Sharifah Sakinah menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’ di akaun Instagramnya sempena mengajak netizen untuk sertai satu pertandingan nyanyian semangat negara. Seorang komen yang dipercayai dari rakyat Indonesia menarik perhatian pelakon itu. Dalam komen itu, individu terbabit memberitahu lagu itu adalah milik rakyat Indonesia.

Seperti biasa, komen-komen seperti ini disambut dengan sindiran sinis dari rakyat Malaysia dan Sharifah Sakinah sendiri.

6.  Cendol

Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini pernah dicatatkan di portal berita antarabangsa CNN yang menunjukkan cendol Malaysia di dalam slot CNN Travel. Tetapi artikel ini mendapat kecaman hebat dari warga Indonesia memaksa CNN menukar nama cendol itu ke Indonesia.

Namun ada lagi berita antarabangsa The Guardian mengakui bahawa cendol merupakan pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia yang wujud sejak 80-an lagi.

7.  Sate

Satu lagi makanan kegemaran rakyat yang menjadi kontroversi dalam isu claim ini. Walaupun sate dikatakan wujud di Malaysia semenjak 1917,  warga Indonesia pula memaklumkan bahawa sate dikatakan wujud sejak tahun 1404 M (808 H), ketika Islam mulai menyebar di Tanah Jawa. Terkenal dengan Walisongo pertama mereka iaitu Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim), sate mula wujud pada Raya Qurban. Bahkan mereka juga turut patenkan sate ini sebagai makanan tradisional mereka di UNESCO.

8.  Naruto

Yang ini paling tak logik. Semua orang menyukai siri animasi ini bukan saja rakyat Malaysia, tetapi ia juga diminati oleh penggemar-penggemar anime di seluruh dunia. Sudah terang lagi tersuluh, Naruto sebenarnya berasal dari negara Jepun dicipta oleh Mashashi Kishimoto.

Kita kan serumpun!

Persamaan antara kita dan Indonesia menunjukkan kita ni serumpun. Kadang-kadang ada perasaan kelakar dan kurang selesa dengan perangai #doneclaim mereka, kita perlu ingat bahawa bukan semua rakya mereka berfikir begitu. Jaga lah hubungan baik antara kita kedua negara berjiran ini.

Participant

Written by Saiful Sab

Verified UserYears Of Membership