Cik B, atau nama sebenar, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin mengejutkan netizen apabila dia tampil dengan outfit of the day (OOTD) yang bernilai lebih RM100,000.

Pada 2 November baru-baru ini, Cik B berkongsi OOTD dengan baju kemeja warna biru di laman media sosialnya (Twitter dan Instagram). Sejak itu, netizen tertanya-tanya dengan nilai barangan yang ditonjolkan oleh Cik B. Tidak mahu terus dikecam, Cik B menjelaskan setiap harga barangannya di Twitter – Topi TNTCO berharga RM160.00, cincin Gucci bernilai RM5,500, jam tangan Omega bernilai RM85,000, beg tangan Louis Vuitton berharga RM13,000, kasur Nike Air bernilai RM1,300 dan cincin emas dengan harga RM13,500. Keseluruhannya mencecah sehingga RM118,460.




Ramai yang tergamam dengan nilai OOTD Cik B, ada yang mengatakan bahawa harga cincin Cik B menyamai harga motosikal mereka dan ada juga yang bergurau senda dan meminta nak bekerja dengan Cik B.