Anak Mat Sabu ditahan positif ganja

KUALA LUMPUR: Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam.

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu.

Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Azhar Md Dali mengesahkan perkara berkenaan kepada Astro AWANI melalui aplikasi WhatsApp.
“Aku sahkan anak Abang Mat kena tahan,” katanya ringkas.

Operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.

Menurut laporan Sinar Harian, ketika operasi itu dijalankan, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita.

Dalam serbuan itu, dua lelaki termasuk anak menteri tersebut ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

Enthusiast

Written by Amin Azman

Community ModeratorVerified UserYears Of Membership