Alif Satar Positif COVID?

Penyanyi dan pelakon lokal Alif Satar disahkan positif jangkitan COVID-19 selepas membuat persembahan melalui Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) yang ke-35, Jumaat lalu. 

Menerusi catatan di laman rasmi Instagram, Alif menyatakan sepanjang menjalani penggambaran, beliau telah melalui beberapa ujian saringan virus dan terkejut apabila mengetahui keputusan bahawa dirinya positif COVID-19. 

https://www.instagram.com/p/CH4xxgOFen9/
http://IMG_1476.jpg

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga..isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Tambahnya, beliau kini sedang menjalani proses kuarantin.

Alif juga memohon maaf di atas segala kesulitan dan berharap agar diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini.

Alif telah mempersembahkan lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan pada SFMM35, Jumaat lalu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by SARAH NASIR

Story MakerStory MakerStory MakerYears Of Membership