Mengenai iPhone 12
IPhone 12 dan iPhone 12 mini adalah iPhone mainstream Apple untuk tahun 2020. Kali ini iPhone datang dalam saiz 6.1 inci dan 5.4 inci dengan ciri hampir sama, termasuk sokongan untuk rangkaian selular 5G yang lebih pantas, paparan OLED, kamera yang lebih baik, dan cip A14 terbaru Apple , semuanya dalam reka bentuk yang diperbaharui sepenuhnya.
Ciri-ciri utama iPhone 12
- Reka bentuk yang telah diperbaharui
- 6.1 dan 5.4 inci
- Rangkaian selular 5G
- Paparan OLED dengan Ceramic Shield
- Dwi kamera
- Cip terbaru A14
- Dari RM3,399 – RM4,099
Apa kata pengulas profesional pasal iPhone 12
Ulasan iPhone 12 agak positif, dengan pengulas Marques Brownlee memuji reka bentuk baru yang serupa dengan screen iPad Pro menggunakan OLED dan satu improvasi yang memberangsangkan berbanding paparan LCD di iPhone 11.
Engadget memuji paparan skrin iPhone 12 dengan “peningkatan yang besar dalam kualiti dengan resolusi dan warna yang lebih tinggi yang muncul dengan lebih dramatik“.
TechCrunch mengatakan bahawa reka bentuk sisi iPhone 12 yang bersegi menjadikannya lebih mudah untuk diambil dari permukaan yang rata, dan selesa dipegang. Ramai pengulas menyukai warna-warna terang termasuk The Verge, mengatakan bahawa kaca belakang berkilau dan tidak meninggalkan cap jari dan habuk.
Banyak pengulas dan pengkritik mendapati peningkatan kamera berbanding dengan iPhone 11 tidak jauh perbezaannya, Engadget juga mengulas perkara yang sama mengenai prestasi kamera iPhone 12 ini. TechCrunch mengatakan terdapat peningkatan dengan perubahan terbesar adalah bukaan f / 1.6 untuk kamera Wide yang membolehkan lebih banyak komposisi cahaya. Kalau nak tahu prestasi sebenar kamera iPhone 12 nie korang kene beli beli dulu dan cuba sendiri
Rekabentuk
Apple memperkenalkan reka bentuk yang agak rata untuk iPhone 12 dan 12 mini yang sebelum ini bangga dengan rekabentuk yang unik dan bulat di setiap penjuru seperti digunakan dari generasi iPhone 6. Model iPhone 12 kelihatan serupa dengan model iPad Pro, dengan sisi yang rata seperti model sebelum ini iPhone 4 dan 5.

Skrin depan dan skrin belakang diperkasakan dengan bingkai aluminium, yang mempunyai reka bentuk matte dan penampilannya sedikit berbeza dari jalur keluli tahan karat yang digunakan untuk model Pro. Di bahagian hadapan model iPhone 12, lekuk di hadapan adalah untuk menempatkan Kamera, pembesar suara, dan mikrofon TrueDepth, dan ada bezel tipis di sekitar tepi iPhone 12.

Terdapat jalur antena di bahagian atas dan sisi telefon, bersama dengan butang kuasa standard di sebelah kanan dan butang kelantangan di sebelah kiri. Di bawah butang kuasa, terdapat antena 5G mmWave baru, ini adalah ciri yang terhad kepada model A.S. yang mempunyai sokongan mmWave. iPhone di negara lain tidak akan mempunyai antena ini.
Pilihan Warna
Mini iPhone 12 dan Iphone 12 di datangkan dengan warna putih, hitam, biru, hijau, dan (PRODUK) RED. Warna hitam dan putih sama seperti iPhone 11 dan yang lain adalah warna baru.

Kalis air
iPhone 12 dan 12 mini mempunyai tahap ketahanan air IP68 dan mampu menahan kedalaman hingga enam meter (19.7 kaki) dan mampu bertahan selama 30 minit di dalam air.

Model iPhone 12 dapat menahan hujan, percikan air, dan tumpahan yang tidak disengajakan, tetapi pendedahan air yang disengaja kena dielakkan kerana ketahanan air dan debu dapat merosot dari masa ke masa dengan penggunaan biasa untuk iPhone 12 ini.
A14 Bionic Chip
Cip A14 Bionic yang digunakan untuk iPhone 12 adalah cip siri A yang pertama yang dihasilkan berdasarkan proses 5-nanometer yang lebih kecil, yang membawa peningkatan kelajuan dan kecekapan. A14 mempunyai 40 peratus lebih banyak transistor (11.8 bilion) daripada A13, untuk jangka hayat bateri yang lebih baik dan prestasi yang lebih pantas.

Menurut Apple, CPU 6-teras dan GPU 4-teras dalam cip A14 Bionic 50% lebih pantas daripada cip telefon pintar lain yang ada di pasaran pada tahun 2020.
Jangka Hayat Bateri
Certification dan teardown telah mengesahkan bahawa iPhone 12 mini mempunyai bateri 2,227mAh, sementara iPhone 12 mempunyai bateri 2,815mAh. Jangka hayat bateri iPhone 12 sama dengan bateri iPhone 12 Pro, menawarkan playback video sehingga 17 jam, playback video streaming hingga 11 jam, dan playback audio hingga 65 jam.
Sebab iPhone 12 mini lebih kecil, ia mempunyai jangka hayat bateri yang lebih pendek. Ia bertahan sehingga 15 jam dengan playback video standard, hingga 10 jam dengan playback video streaming, dan hingga 50 jam dengan playback audio. Mini iPhone 12 dan iPhone 12 menyokong pengecasan pantas dan boleh dicas hingga 50 peratus dalam masa 30 minit menggunakan kabel Lightning to USB-C dan penyesuai kuasa 20W.
MagSafe
Model iPhone 12 dan 12 Pro mempunyai magnet terpasang yang direka untuk berfungsi dengan pengecas MagSafe dan aksesori magnet lain.

MagSafe dipasang di bahagian belakang iPhone 12 dan dicas pada 15W, pengecasan tanpa wayar maksimum 7.5W yang tersedia dengan pengecas berasaskan Qi-based charger.
Banyak aksesori magnet lain serasi dengan pengecas magnetik iPhone 12, termasuk kotak, dompet snap-on, dan banyak lagi, dengan syarikat third-partyjuga dapat membuat aksesori untuk iPhone 12, pasti banyak yang ada dipasaran menerusi laman niaga seperti Shoppe dan Lazada.
Tiada power adapter?
Mini iPhone 12 dan 12 tidak disertakan dengan power adapter dan EarPods di dalam kotak, menurut pihak Apple mereka ingin mengurangkan pencemaran bahan plastik dan toxic daripada power adapter itu. Adakah ini salah satu strategi pemasaran ataupun memang benar pihak Apple menyokong penuh kempen anti pencemaran alam sekitar. IPhone baru di datangkan dalam kotak yang lebih kecil dan hanya dilengkapi dengan kabel USB-C to Lightning standard.
#MemangWin ker tak #Win iPhone 12
Apple adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk telefon pintar yang fokus terhadap pengguna dan juga bijak menganalisa behaviour juga trend bersama keperluan semasa. Penghasilan iPhone 12 tidak jauh bezanya dengan iPhone yang terdahulu. Rekabentuk yang baru mengetengahkan design yang rata mungkin dapat mengubah minat pengguna yang bosan dengan rekabentuk bulat yang lama.
Penambahan dan meningkat teknologi dari segi cip processor dan kamera, terdapat banyak jenama lain seperti Samsung, Huawei, OnePlus, Oppo, dan juga Google pixel yang mampu bersaing dan menambat hati pengguna. Ini juga bergantung kepada keserasian menggunakan Apple dan Android.
iPhone 12 #MemangWin dari segi rekabentuk, trend, aksesori yang berkualiti, dan pendek kata memiliki iPhone boleh dikategori kan pemilik nya seorang yang cool dan trendy. iPhone 12 ini tak #Win dari segi harga dan teknologi yang berada dipasaran sekarang. Ini adalah pendapat ikhlas dari kami, pasti ramai pro yang baca nie ada pendapat masing-masing. Jika ada pendapat sila komen dibawah untuk kita berkongsi bersama.