Sejarah Tercipta: Datuk Bandar Termuda di California

California telah melantik seorang warganeraga Amerika Syarikat (AS) berdarah Malaysia sebagai Datuk Bandar termuda di bandar Eastvale.  

Jocelyn Yow, 25, bakal berkhidmat sebagai Datuk Bandar Eastvale, sebuah bandar di Riverside, California. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale pada 2018 dan telah memegang jawatan datuk bandar sementara sebelum dilantik dengan rasmi pada 10 Disember baru-baru ini. 

Bapa Jocelyn yang berasal dari Malaysia berpindah ke AS pada 1980-an untuk melanjutkan pelajaran, manakala ibunya pula dari Vietnam. Jocelyn juga merupakan seorang ibu kepada bayi lelaki yang berusia enam bulan. 

Beliau dan kedua ibu bapanya telah kembali ke Malaysia pada 1996 atas urusan keluarga. Selama 10 tahun di Malaysia, beliau telah banyak mendalami asal usul sejarah dan identiti keluarganya. 

Jocelyn menerusi laman Instagram menyatakan kebanggaannya sebagai warga AS berketurunan Cina Malaysia dan Vietnam. Graduan di sebuah koleh komuniti di Norco, California dan UC Berkeley itu kini melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard Extension School.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pembantu Dewan Perwakilan AS dan wakil daerah di Senat California. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by SARAH NASIR

Story MakerStory MakerStory MakerYears Of Membership