Poland: Kolam Terdalam Di Dunia Kini Dibuka

Deepspot, sebuah kolam renang buatan di Poland kini muncul dengan rekod baharu sebagai kolam terdalam di dunia (45.5 meter). Terletak di bandar Warsaw, kolam ini mengandungi jumlah isipadu air sebanyak 8,000 meter padu iaitu bersamaan dengan 27 buah kolam renang saiz Olimpik. 

Ia juga berjaya menewaskan rekod kolam terdalam di dunia yang sebelumnya dipegang oleh kolam Y-40 dengan kedalaman 42 meter sahaja. 

https://youtu.be/na6UyAO6X_E

Deepspot bakal dibuka sebagai sebuah pusat latihan menyelam, namun ia juga bakal dibuka kepada orang awam. Ia merupakan daya tarikan percutian yang menarik dengan terowong bawah air, hotel dan juga restoran yang terletak berdekatan dengan kolam renang tersebut. 

Orang ramai mengunjungi kolam renang itu sejak pembukaannya yang baru sahaja dirasmikan pada Sabtu yang lalu (21 November). 

Tahukah anda bahawa Deepspot dibina dengan pelbagai binaan unik seperti gua bawah laut dan rekaan binaan kaum Maya? Pasti penyelam di luar sana curiga dengan pengalaman menyelam yang unik di Deepspot ini. Ia juga tiada sebarang hidupan marin seperti ikan, batu karang tiruan dan lain-lain.  

Walaupun kolam lain tidak boleh dibuka berikutan COVID-19, namun Deepspot tetap dibenarkan untuk beroperasi kerana ia merupakan sebuah pusat latihan yang menawarkan kursus aktiviti air. 

Satu lagi kolam bakal menyusul padal 2021 iaitu The Blue Abyss di United Kingdom yang bakal merebut status kolam terdalam di dunia dari Deepspot. Kolam itu dijangka mempunyai kedalaman sekitar 60 meter. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by SARAH NASIR

Story MakerStory MakerStory MakerYears Of Membership