Muslim Pro Jual Data Pengguna?

Muslim Pro, aplikasi terkenal azan dan waktu solat, berdasarkan lokasi yang tepat, dilaporkan menjual data peribadi pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan menentang keganasan. 

Menurut laporan Vice Media, AS turun membeli data pengguna peribadi dari ratusan aplikasi termasuklah Muslim Mingle, CPlus for Craigslist Accupedo dan Global Storms. 

Namun, ketua komuniti Muslim Pro, Zahariah Jupary, menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa Muslim Pro menghormati dan mengutamakan keselamatan data penggunanya. 

https://twitter.com/MuslimPro/status/1328697072665628673

Menurut beliau, pihaknya telah menjalankan siasatan lanjut di peringkat antarabangsa dan meneliti polisi data bagi menjamin keselamatan data penggunanya. 

Berikutan dengan berita ini, kebanyakan umat Islam di seluruh dunia telah memadamkan aplikasi tersebut. Muslim Pro merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan pada 2010 oleh syarikat Bitsmedia dari Singapura. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by SARAH NASIR

Story MakerStory MakerStory MakerYears Of Membership