Pelayan restoran mamak ditampar kerana larangan merokok

Seorang pelayan restoran mamak di Shah Alam telah ditampar oleh seorang pelanggan hanya kerana menegur untuk mengingatkan bahawa larangan merokok di restoran telah berkuat kuasa.

M. Selvam, 25 tahun yang berasal daripada India berkata, insiden itu berlaku sekitar jam 12.30pm pada hari pertama (1 Jan 2019) larangan itu berkuatkuasa.

Menurut beliau lagi, pihak restoran telah pun meletak papan tanda dilarang merokok tetapi masih terdapat segelintir pengunjur yang ingkar & masih merokok.

“Saya dengan menegur sekumpulan yang terdiri daripada 3 orang untuk tidak merokok, tetapi salah seorang daripada mereka bangun dan menampar saya, kemudian beredar” kata Selvam.

Dalam hari yang sama juga, Selvam tak pasal-pasal dimaki lagi oleh perokok yang tidak bertanggungjawab.

Selvam tak berdiam diri, beliau dah laporkan kejadian ini kepada pihak polis.

OCPD Shah Alam, Asst Comm Baharudin Mat Taib berkata, pihak polis sedang menyiasat perkara tersebut dibawah Seksyen 323 menyakiti/melukai orang lain dengan sengaja di mana boleh dikenakan hukuman penjara selama satu tahun maksimum dan/atau didenda RM2,000 jika didapati bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

Enthusiast

Written by Amin Azman

Community ModeratorVerified UserYears Of Membership