Impak Darurat Politik Ke Atas Rakyat Malaysia
CYBERJAYA: Darurat Pentadbiran, juga dikenali sebagai darurat politik bertujuan bagi meredakan keadaan politik agar urusan pentadbiran dapat berjalan dengan lebih lancar. Rakyat Malaysia tidak perlu risau kerana situasi ini tidak membabitkan pemerintahan tentera sebagaimana sering disalah fahamkan.
Jadi apakah itu darurat? Berikutan penjelasan dari Pakar Perlembagaan Prof Dr Shamrahayu A. Aziz, sempena proklamasi darurat dijalankan, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).
Walaubagaimanapun, sekiranya darurat pentadbiran ini dilaksanakan di peringkat Persekutuan, sidang Parlimen akan diggantungkan oleh Yang Di Pertuan Agong dan diambil alih oleh pentadbiran darurat untuk tempoh waktu semasa, antara 6 bulan hingga setahun. Kabinet darurat juga turut dilantik bagi urusan pentadbiran. Tambahan pula, barisan kabinet sedia akan dijangkakan untuk kekal sebelum Pilihan Raya Umum diadakan pada Jun 2021 nanti.
Impak Terhadap Rakyat
Kehidupan seharian rakyat tidak akan terjejas dimana tiada perintah berkurung atau sekatan perniagaan dan ekonomi. Kegiatan ekonomi yang lain juga akan beroperasi seperti biasa.
Oleh kerana situasi ini tidak membabitkan keselamatan negara, pasukan tentera tidak akan mengambil alih kelibat ini.
Akan tetapi, sepanjang tempoh darurat pentadbiran, undang-undang baharu tidak dapat digubal, dipinda, mahupun diluluskan.
Dalam keadaan yang tidak menentu ini, darurat pentadbiran ini mungkin sebuah keputusan yang rasional sehingga wabak penyakit COVID-19 dapat ditular sepenuhnya.