Ramai rakyat Malaysia kini dalam kesusahan semenjak pandemik COVID-19 melanda. Ada yang kena potong gaji, dan yang paling sedih, kena buang kerja. Kehilangan punca pendapatan adalah perkara yang sangat merisaukan, lagi-lagi dalam keadaan yang tak menentu ini. Jadi apa yang boleh kita lakukan sekiranya kita dibuang kerja?
Dapatkan bantuan kewangan secara PERCUMA
Jika anda mempunyai komitmen kewangan dan sedang melalui masalah dalam melangsaikan bayaran tersebut, dapatkan nasihat kewangan percuma dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK), iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada 2006. AKPK akan menilai situasi kewangan dan membimbing anda dalam membentuk pelan pelan pembayaran peribadi kepada mereka yang tidak mampu membayar balik bayaran bulanan kepada pihak bank. AKPK juga akan berunding dengan bank bagi mengurangkan jumlah bayaran semula pinjaman anda.
Jana Pendapatan Melalui Kerja Sambilan
Pada 29 Julai 2020, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan moratorium automatik untuk peminjam selama 6 bulan (1 April 2020 hingga 30 September 2020). Dalam tempoh ini, peminjam dapat menikmati penangguhan bayaran ansuran secara automatik. Sementara anda mencari kerja tetap, tempoh ini sangat sesuai bagi menjada pendapatan melalui kerja sambilan. Sebagai permulaan, jika anda memiliki kereta, anda boleh ceburi Grab. Dengan waktu kerja yang fleksibel, anda boleh menghadiri temuduga pada bila-bila masa.
Selain itu, anda juga boleh jana pendapatan dengan kemahiran seperti fotografi, memasak, mengajar dan banyak lagi. Pastikan anda mempunyai pelan yang kukuh sebelum memulakan bidang pekerjaan sambilan yang diceburi.
Akhir kata, berjimatlah dalam berbelanja. Tiba masanya untuk anda meniliti semula sikap perbelanjaan anda dan fokus terhadap yang perlu sahaja buat masa ini.