Kalau korang perasan pasal video “ustazah” yang kene merangkak keliling kelas yang dipercayai ibu kepada murid terbabit, telah mendapat perhatian seorang peguam.
Peguam tersebut membuat statement dari Facebook yang dikenali sebagai, Nurhidayaty Maidin, memberitahu hendak membantu “ustazah” tersebut mengambil tindakan undang-undang.
Kalau betul pun marah di atas denda yang dilakukan ke atas anaknya, sepatutnya boleh bawa berbincang dengan “ustazah” itu, jangan lah ikut perasaan amarah. Kejadian ini disaksikan oleh semua pelajar di dalam kelas dan akan disematkan di dalam memori setiap pelajar dan mungkin akan memberikan pemahaman negatif berkenaan situasi ini. Mungkin cara “ustazah” kurang tepat tetapi kene ingat bahawa niat “ustazah” adalah ingin mendidik anak-anak supaya menjadi terbaik. Apa pendapat korang tentang situasi ini?