Rumah paling DEGIL di Malaysia

Degil adalah sinonim dengan sifat negatif macam tak nak dengar cakap, keras hati, makin ditegah makin dibuat atau paling senag yang selalu org cakap adalah “memang kepala batu budak nie”. Tapi rumah macam mana pulak degil die? menarik kan, hari nie aku nak kongsikan cerita yang menarik tentang kampung aku. “OOoooooOOO Kuala Lumpur..Kotaraya kuuuuu..” – Altimet 

Cerita nie adalah pasal “Rumah Pusaka Chow Kit” yang lebih terkenal dengan “Rumah Degil”! degil sangat ker rumah nie? berikut adalah sedikit info berkenaan rumah yang paling degil dekat Malaysia nie.

  1. Rumah Degil ini telah dibina pada tahun 1926 dan terletak di Chow Kit, kalau korang pernah dengar lagu yang femes sekitar tahun 80an dulu oleh Dato’ Sudirman Haji Arshad. Dengar jer lagu nie mesti korang boleh relate dengan vibe kawasan nie.
  2. Rumah Degil nie telah didiami oleh seorang wanita yang bernama Puan Normah Majawali yang juga lahir di rumah nie pada tahun 1932, tanah rumah ini telah dijual pada tahun 2013. Kenape kene jual aku tak pasti, yang pasti kalau ade cerita lanjut pasal nie aku akan share dengan korang.
  3. Rumah Degil nie telah menjadi bahan sejarah yang penting jugak untuk Kuala Lumpur, yang buat rumah nie adalah Haji Jaafar Sutan Sinombar daripada keturunan Sutan Puasa yang dipercayai oleh sesetengah sumber adalah pengasas sebenar Kuala Lumpur bukan Yap Ah Loy. Pelik pulak mase belajar kat sekolah dulu memang Yap Ah Loy tapi sejarah nie selalu ade percanggahan tapi kalau nak tau korang buat la research sendiri đŸ™‚
  4. 2015 seorang arkitek bernama K.C Tan telah dilantik untuk reka design bangunan baru di atas tanah rumah degil nie, yang menarik diorang tak robohkan rumah degil tapi diorang pindahkan rumah degil ini dekat bandar sri damansara. Persatuan yang bertanggungjawab memindahkan rumah bersejarah nie adalah “Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit”.
  5. Bile dah pindah mesti ade cost untuk maintain rumah degil yang dialihkan dengan sempurna seperti sediakala, namun cost nie tak cukup untuk maintain maka terpaksalah pihak yang betanggungjawab bersusah payah sampai nak cari pihak yang sanggup support cost nak maintain.
  6. Tahniah kepada pihak yang bertanggungjawab, jasamu dikenang. Pihak bertanggungjawab dapat menyatukan
  7. Seroja Klasik Enterprise dilantik sebagai kontraktor dan dibangunkan dengan kerjasama BSN, Yayasan Hasanah, Persatuan Arkitek Malaysia, Kumpulan Pemuliharaan RPCK dan ATSA Architects.
  8. Julai 2018, ribut telah melanda dan hampir merosakan sebahagian rumah degil, bumbung juga hampir tercabut sebab angin kuat. Kerja pemulihan tergendala selama 72 hari dan siap pada december 2018.
  9. 2019 Rumah Degil ini telah berjaya dipindahkan di perkarangan Balai Seni Lukis Negara, memang terbaik lah kepada sesiapa yang menjayakan kerja dan sumbangan murni ini bagi memelihara sejarah Kuala Lupmur dan Malaysia secara umumnya.
Rekabentuk luaran dan dalaman Rumah Degil di Jalan 41, Chow Kit sekitar tahun 2015

Bagi aku apa yang degil adalah dari segi sudut kedegilan rumah ini kepada lenyapnya sebuah rumah daripada menjadi bahan sejarah yang amat berharga bagi rakyat Malaysia atau penduduk Kuala Lumpur khususnya. Banyak lagi cerita disebalik proses pemuliharan dan pemindahan rumah degil ini yang menarik untuk dikongsi tapi kalau ade mase nanti aku ceritakan dalam cerita yang lain ataupun korang boleh baca yang lebih sahih dan betul dekat link di bawah nie :-

Puan Normah Majawali, comel jer buat peace :)

Participant

Written by eppylio

Story MakerStory MakerYears Of Membership