Hero Sampah: Berbakti kepada Alam Sekitar

Hero Sampah: Berbakti kepada Alam Sekitar 

KUALA PERLIS: Umat Osman, 42 yang digelar sebagai “Trash Hero” menjadi teladan orang ramai apabila penjaga parkir itu sanggup mengutip sampah seperti tin minuman, plastik dan besi buruk di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis. Umat, yang dikatakan rimas melihat keadaan pantai itu, akan mula mengutip sampah selepas subuh dimana 116 kilogram anggaran botol plastik dan tin minuman dapat dipungut dan dijual dalam tempoh masa sebulan. 

Kebanyakan pihak melihat perbuatan ini sebagai “gila”, namun Umat tetap bersemangat untuk berbakti kepada alam sekitar dengan kerja-kerja pembersihan di pantai itu. Walaupun Umat menghidap penyakit kanser tulang, ianya bukanlah dijadikan sebagai alasan untuk tidak terus mengutip sampah. Katanya, punca pendapat nelayan di sekitar perlis turut terjejas dimana terdapat banyak sampah dari ikan. 

Umat juga kreatif menghasilkan pelampung pukat dengan hasil tangkapannya dan menggunakan semula jaring rosak yang dibuang oleh nelayan bagi memuatkan sampah yang dikutipnya. 

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis Azman Shah Ismail turut meminta orang ramai agar mencontohi usaha murni Umat bagi memelihara alam sekitar kita. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by Ahmad Mukhlis

Story MakerStory MakerYears Of MembershipYears Of MembershipStory Maker