Kebanyakan orang lelaki sudah terbiasa kencing dengan cara berdiri. Banyak kemudahan Tandas di malaysia juga terdapat banyak toilet bold.dan perkara ini telah menjadi tabiat kerana biasa dilakukan dari kecil lagi.
Namun Islam itu adalah agama yang sangat indah dan Salah satu aspek yang penting ketika menunaikan solat adalah soal kebersihanketika menunaikan ibadah.
Tahukah, kenapa orang lelaki tidak boleh kencing berdiri? Jika sebelum ini, korang dah terbiasa berdiri, sikap itu boleh ditukar dengan mencangkung pula.
Penceramah agama Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud (MK Azman), berkata “salah satu sebab Islam tidak menggalakkan umatnya terutama lelaki kencing berdiri adalah kerana pengeluaran air kencing tidak lawas dan keluar sepenuhnya. Ada sisi air yang tertinggal. Berbanding dengan perbuatan mencangkung jika dilakukan, air akan keluar sepenuhnya.”
“salah satu sebab Islam tidak menggalakkan umatnya kencing berdiri adalah kerana pengeluaran air kencing tidak lawas dan keluar sepenuhnya. Akan ada sisa air yang tertinggal. Berbanding dengan perbuatan mencangkung jika dilakukan, air akan keluar sepenuhnya.”
Dalam sesetengah kes, baki air kencing ini akan terkeluar semasa kita melakukan tugasan harian. Namun pada pandangan ulama, membuang air kecil secara berdiri adalah satu perbuatan buruk dan tidak senonoh,” katanya.
Menjelaskan lagi soal perbuatan ini secara berdiri berdasarkan hadis yang dicatatkan, terdapat pelbagai hadis yang menyebut, kata Ustaz MK Azman
“Cuma hadis yang melarang secara berdiri ini bukanlah hadis yang kuat. Namun secara umumnya Nabi dan para sahabat mengamalkan perbuatan ini secara duduk atau mencangkung.” menurut hadis katanya
“Ulama assafieyyah berpendapat bahawa makruh i melainkan jika ada keuzuran seperti tidak mampu mencangkung, tempat kencing kotor dikhuatiri mengotori pakaian seperti di tempat pembuangan sampah,” katanya turut memaklumkan, perbuatan membuang air secara berdiri pada pandangan ulama adalah perbuatan buruk dan tidak senonoh.
Sudut Pandangan Sains dan Kesihatan
Seorang pengamal perubatan di Ayurveda Medical, menjelaskan bahawa kencing berdiri tidak baik untuk kesihatan lelaki kerana boleh menyebabkan sakit belakang, hilang tenaga dan mudah letih. Ini di sebabkan kerana najis tidak habis keluari.
Maksudnya, 5 hingga 10 peratus air kencing akan kekal di dalam pundi kencing dan baki yang tertinggal ini lama kelamaan akan terenap. Endapan ini akhirnya akan mengeras menjadi batu karang dan menimbulkan beberapa masalah lain seperti lemah syahwat dan mati pucuk.
Endapan ini akhirnya akan mengeras menjadi batu karang dan menimbulkan beberapa masalah lain seperti lemah syahwat dan mati pucuk.
Berbeza pula kesannya apabila seseorang kencing sambil duduk atau mencangkung, satu kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik di Leiden University Medical Center, Belanda, mendapati lelaki yang kencing mencangkung akan dapat mengosongkan sepenuhnya pundi kencing mereka.
Hasilnya, kencing mencangkung mampu mengurangkan risiko prostat dan dapat mengekalkan gaya hidup lebih sihat secara keseluruhannya. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE mendedahkan, kencing dalam postur duduk bukan sahaja membolehkan otot pelvis dan pinggul berada dalam keadaan tenang bahkan dapat mengurangkan tekanan pada uretra iaitu tiub air kencing yang membawa cecair itu keluar dari badan.
Sudut Pandangan Hadis
Dalam pada itu, dari sudut hadis pula, kata Ustaz MK Azman, harus diingatkan bahawa lelaki yang biasa melakukan secara berdiri ini biasanya air yang dikeluarkan tidak tus atau tidak lawas sepenuhnya.
“Isu ini mungkin nampak seperti tiada apa tetapi bersolat dengan keadaan baju kotor terkena air kencing, solatnya tidak sah dan sahabat Nabi pun diseksa dalam kubur kerana mengabaikan soal tersebut.”
“Isu ini mungkin nampak seperti tiada apa tetapi bersolat dengan keadaan baju kotor terkena air kencing, solatnya tidak sah dan sahabat Nabi pun diseksa dalam kubur kerana mengabaikan soal tersebut.”
“Dalam satu hadis riwayat Ibnu Abbas ra, ia berkata, Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda. Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.
“Sebab itulah Islam sangat indah dan tertib. Pakaian solat mesti bersih dan tidak terkena sebarang najis,” katanya lagi.
