Doktor real tegur Doktor “fake” drama Seribu Rindu

Walaupun sebelum ini, banyak dah teguran yang disuarakan oleh golongan profesional terhadap watak & aksi dalam drama tempatan lebih-lebih lagi dalam bidang perubatan, namun pihak produksi terutama pengarah & penerbit masih lagi membuat kesilapan dengan tidak membuat “homework” secukupnya.

Baru-baru ini viral sebuah teguran oleh Husna Dahari yang menegur watak Doktor dalam drama “Seribu Rindu” yang di tayangkan di sebuah stesen televisyen tempatan.

Doktor dalam drama seribu rindu ni, mmg takde keje ke?

Doktor dalam drama seribu rindu ni, mmg takde keje ke? Duk sibuk fikir cmne nak tackle bini org… Pastu asyik duduk bilik yg mcm office tu… Jumpa patient pun tak… Klo jumpa pun, jumpa sorg patient je yg bernama irfan.. Ko ingat keje doktor cmtu ke… Nak fikir diri sendiri pun tak sempat apatah lg ahli keluarga.. Ni doktor dlm cte tu, sempat fikir n cr helah mcm2 time keje… Kemon la brader…. Kami klo de masalah peribadi ke, tetap kene g keje.. Jumpa pesakit senyum je takleh nanges takleh emo takleh nak layan perasaan sebenar.. Blk rumah la pulak klo nak fikir pun itu pun klo tak balik lewat.. Nak makan nak minum hatta nak terkencing terberak pun mujur sgt kalau sempat… Come on..

Jgn rosakkan imej profesion kedoktoran wahai penerbit2 drama tempatan… 

 Pulak tu, treat patient tak ikhlas.. Patient dh hampir sembuh pun ko resah gelisah sbb peluang ko nak dptkan wife dia makin tipis.. Apa2 pun, drama kan… Nak emo kenapa.. Tp ak emo jgk!! Jap nak sambung…. Sedikit dialog dlm drama tersebut yg maksudnya berbunyi begini..

“papa nak ajak airel dgn damia dinner ng papa mlm ni.. Airel dtg ye”

“papa airel tk janji lg ye… Airel kan doktor.. Airel kene tgk dlu jadual oncall.. Takut airel oncall hr ni”

Ko merepek apa syaitonnn… Ko klo btl doktor, oncall ko bulaan depan ko dh hafal siap2 dh bila.. Hari2 tu tak sah kalau tak belek jadual… Jgn acah2 sgt boleh? Sekian.. Haha

Harap lepas ni, jangan la ada watak-watak yang tak menggambarkan langsung profesion sebenar watak tu..

Sumber: Husna Dahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

Enthusiast

Written by Amin Azman

Community ModeratorVerified UserYears Of Membership