Disney dituduh meniru "Lion King"?! ini buktinya

Disney memang bijak dengan menggunakan “Lion King” sebagai produk mereka seperti melakukan  “remake” ke atas animasi ini dan jelas ia membuahkan hasil dengan pembaharuan animasi dan strategi pemasaran melalui digital yang sangat efficient. Tetapi kepandaian Disney ini telah diragui dengan penemuan fakta dan bukti bahawa “Lion King” telah meniru dan mencuri daripada animasi Jepun iaitu “Kimba The White Lion”. OMG!

Dan hasil daripada peniruan idea dan jalan cerita dari animasi Jepun ini adalah sangat ketara. Contohnya seperti watak “Simba” diambil terus daripada watak “Kimba”, mungkin Disney beranggapan ini adalah tindakan paling bijak dan penonton tidak akan perasan. Well, dengan teknologi maklumat yang pantas pada zaman ini segala maklumat dihujung jari lebih-lebih lagi dengan maklumat paparan video yang meluas dari Youtube.

Cuba lihat perbandingan yang ketara yang dihasilkan oleh Youtuber Alli Kat

Walauapapun, ini tidak akan menjadi masalah jika Disney dengan hati yang terbuka mengiktiraf hasil kerja Osamu Tezuka yang telah menghasilkan “Kimba The White Lion (Jungle Emperor)” yang telah dihasilkan di dalam majalah “Manga Shonen” dari November 1950 sehingga April 1954. Animasi daripada majalah Manga itu telah disiarkan di televisyen dari tahun 1965 sehingga 1967.

Ini adalah ulasan dari pelukis animasi Disney Tom Sito mengenai isu peniruan ini:-

I can say there is absolutely no inspiration from Kimba,” animator Tom Sito told HuffPost Entertainment. Over the years, Sito has worked on such classic Disney movies as the before-mentioned Beauty and the Beast, Aladdin and, of course, The Lion King. “I mean, the artists working on the film, if they grew up in the ’60s, they probably saw Kimba. I mean, I watched Kimba when I was a kid in the ’60s, and I think in the recesses of my memory, we’re aware of it but I don’t think anybody consciously thought, ‘Let’s rip off Kimba.

Apapun tiada sebarang fail tuntutan terhadap perkara ini , tapi individu professional seperti Professor Madhavi Sunder telah meneliti kontorversi ini dan beranggapan sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, peluang untuk menang dalam kes ini adalah sangat kuat.

Walaubagaimanapun cerita Lion King telah menjadi hiburan dan sebuah cerita yang sangat terkesan kepada setiap lapisan umur masyarakat seluruh dunia. Kalau dilihat secara positif, cerita ini mempunyai nilai-nilai yang mampu memupuk semangat kekeluargaan dan setia kawan yang tinggi untuk dijadikan tauladan. Osamu Tezuka pasti merasa bangga disebalik situasi yang berlaku ini.

Contoh proses pembikinan filem animasi disney.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Enthusiast

Written by eppylio

Story MakerStory MakerYears Of MembershipYears Of Membership