7 filem Hollywood yang paling sukar pernah dihasilkan.

Ramai yang tidak tahu di sebalik sesebuah filem yang kita tonton di layar perak, pasti ada kisah pahit getir di sebaliknya.

Sesebuah filem bukan sahaja bergantung kepada pelakon, tetapi juga aspek lain seperti imaginasi & lakon layar pengarahan, kewangan dan juga, cuaca!

Berikut adalah senarai antara filem Hollywood yang kami rasa sukar ketika proses pembikinannya.

1. The Wizard of Oz

Buddy Ebsen yang memegang watak lelaki tin, dibawa ke hospital kerana paru-parunya yang dilapisi oleh make-up, oleh sebab itu Ebsen terpaksa  diberi paru-paru besi setelah mendapat rawatan pakar. Betul-betul jadi tin man!

Margaret Hamilton (ahli sihir) juga tidak lari dari bernasib malang di sebabkan make-up. Margaret melecur teruk dan menderita selepas make-upnya terbakar.

Toto pula ialah seekor anjing dan sangat susah untuk memberi kerjasama. Ia mengambil sebanyak 12 takes untuk mendapat rakamannya sempurna. Filem ini telah diarahkan lebih daripada 5 pengarah.

2. Apocalypse Now

Francis Ford Coppola, pengarah filem ini, mahukan latar belakang yang kelihatan seperti mereka berada di Vietnam. Untuk memberikan kesan latar belakang yang sebenar, mereka telah membuat pengambaran di Filipina.

Tetapi malang tidak berbau. Biasa proses pengambaran filem akan mengambil masa sekitan 5 bulan, tetapi disebabkan Typhoon Olga telah memusnahkan set penggambaran dan merosakkan kandungan-kandungan rakaman, proses pengambaran filem ini telah mengambil masa selama setahun.

3. Fitzcarraldo

Babak yang paling menarik dan terkenal dalam filem klasik Werner Herzog’s ini adalah apabila kapal stim yang ditarik ke atas bukit oleh pelakon-pelakon filem ini.

Selalunya pengarah-pengarah lain akan menggunakan kesan miniatur untuk babak-babak speerti ini tetapi Herzog bukanlah seperti pengarah-pengarah yang lain

Rakan sepasukan Herzog, benar-benar menarik kapal stim yang seberat 320 tan hingga ke puncak bukit tanpa menggunakan apa-apa kesan khas!

4. Titanic

Titanic adalah salah satu filem yang akan selalu tersemat di ingatan kita tetapi kita tidak tahu apa yang mereka lalui demi menjayakan filem ini.

Salah satu rakaman telah menyebabkan lebih dari 50 orang dikejarkan ke hospital oleh karana keracunan makanan. Ini kerana salah seorang krew telah memasukkan sejenis racun (hallucinogen) ke dalam sup-sup ahli krew dan ahli pasukan yang lain kerana tidak puas hati.

Proses pengambaran juga terpaksa ditangguhkan kerana pelakon-pelakon diserangi jangkitan buah pinggang dan demam teruk akibat berada di dalam air yang sejuk selama berjam-jam.

5. Jaws

Spielberg mempunyai 3 jerung mekanikal untuk filem ini dan semua diberikan nama Bruce. Jerung-jerung ini juga kerap rosak dan tidak berfungsi. Ia memerlukan 14 orang untuk membetulkannya semula.

Banyak perkara yang terjadi menyebabkan jerung mekanikal tersebut tidak berfungsi dengan baik. Antaranya adalah hos-hos pneumatik yang dipenuhi dengan air masin, rangka dalaman patah kerana tekanan air yang tinggi, kulit jerung berkarat dan siripnya pula berbelit dengan rumpai-rumpai laut.

Bagi memudahkan lagi kerja mereka, Spielberg menyemak semula skrip supaya jerung-jerung membuat kemunculan sedikit yang mungkin. Selepas mmebuat keputusan itu, filem ini menjadi lebih suspend kepada penonton. Spielberg ujar “rahmat jerung tidak berfungsi.”

6. Cleopatra

Pada mulanya bajet bagi Cleopatra adalah $2 juta USD, tetapi ia mencecah sehingga $44 juta USD. pihak produksi telah pun mengunakan $4 juta USD sebelum pengambaran babak yang pertama

Filem ini boleh dikatakan antara filem yang termahal sepanjang zaman (termasuk inflasi). Filem ini juga beberapa kali menukar lokasi iaitu di London, kemudian di Rome.

7. American Graffiti

Ahli-ahli krew dan pelakon filem ini ialah mereka tidak mempunyai adab dan tidak dapat berkelakuan dengan baik apabila di set mahupun di luar set. Harrison Ford ditahan kerana terlibat didalam pergaduhan, salah seorang ahli-krew juga ditahan kerana kantoi menanam ganja, Paul Le Mart pula menggunakan keganasan keatas Richard Dreyfuss selepas mencampak Richard ke dalam kolam renang. Kemudian ada seseorang dengan sengaja memulakan kebakaran didalam bilik hotel George Lucas.

Apa pendapat anda dengan senarai filem di atas? Berikan pandangan anda di ruangan komen serta kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Participant

Written by Amin Azman

Verified UserYears Of Membership