Betul Ke Pawagam Dekat Malaysia Nak Tutup November ni?

Berikutan wabak pandemik COVID-19, banyak sektor ekonomi yang terjejas di seluruh dunia. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri  di Malaysia, banyak bisnes berdepan dengan kerugian.

Kesemua pawagam di Malaysia bakal ditutup buat sementara waktu (2 Nov hingga 30 Nov 2020). Perkara ini telahpun diumumkan oleh GSC dan TGV yang merupakan pawagam terbesar di Malaysia. Keputusan ini diambil bagi membendung kerugian besar dan untuk memastikan pawagam akan diteruskan di masa hadapan. 

Tambahan pula, terdapat kekurangan tayangan filem baru kerana tarikh tayangan terpaksa ditangguh. Menurut The Malaysian Association of Film Exhibitors (MAFE), ini bukanlah sebuah keputusan yang senang, namun ianya satu langkah yang harus diambil buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Advocate

Written by Ahmad Mukhlis

Story MakerStory MakerYears Of MembershipYears Of MembershipStory Maker